Ahad, 31 Mei 2009

CERITA SEMALAM...

assalamualaikum..
nak mula dari mana ek?okay,aku ada cerita kat korang kan yg aku balik kg ari tu..aku bukan balik saje2 sebenarnya tapi kawan aku nak kahwin...dia nikah petang sabtu..aku datang utk jadi org rewang tau..tolong my bonda dan makcik2 tu potong jari..eh..eh bukan..potong bawang2...serai dan macam2 lagi..dalam kul 6 aku balik umah..mandi dan wat ape yg patut..kul 9 malam aku datang balik utk tgk malam berinai..yg seronoknya aku gi umah kawan aku nie dapat berkumpul ramai2...ye la,nak harap semua jumpa dalam satu masa kenduri je la kan..tapi malam tu gak satu persoalan muncul daripada mulut mak pengantin utk jodohkan aku dgn seseorang...oh..no..bercampur-baur perasaan aku saat itu...tak tergambar...aku tak kisah siapa jodoh aku tapi dia tu nak ke dekat aku?erm...dah jumpa dah masa kenduri tu tapi aku ada sifat semulajadi wanita lagi rupanya...MALU...tak sangka kan?yela,selama nie kalau aku nak kawan dengan seseorang tu redaah je takde malunya...tapi dengan dia lainla...adakah ini bermakna sesuatu berlaku dalam hatiku?aku berserah kepada org tua je untuk buat keputusan..aku setuju dengan setiap keputusan mereka..sebab mereka la yang bertanggungjawab dalam hidup aku...aku taknak belakangkan mereka untuk soal ini pun..bukan takde pendirian tapi aku bahagia bila ayah dan bonda bahagia...aku tau mereka nak yang terbaik untuk anak2...Tadi pun aku gi lagi umah kawan aku tu...dia bersanding ari nie..cantik,warna merah membara bajunya...dan sekali lagi aku jumpa si dia...kami tak pernah bercakap tapi bila tolong menolong tu secara tak sengaja ada gakla..tu pun perkara penting jer..huh!komunikasi dia baik setakat ni tapi kalau dia tau aku calon menantu mak dia,x taula respon dia kan...aku tak kisah..bab hati tak boleh nak paksa..aku redha ketentuanNya...tadi lepas makan je aku balik..sebab nak balik ukm..nanti petang lagi sesak jalan kat seremban tu...x sempat pun jumpa tuan rumah..erm..ada jodoh takkan lari ke mana..kla,sampai di sini persembahan kami...jom tengok JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK...klaka....

Jumaat, 29 Mei 2009

Demi Cinta

Maaf kutelah menyakitimu
Kutelah kecewakanmu
Bahkan kusia-siakan hidupku
Dan kubawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua
DEMI CINTA
Akhirnya juga harus kurelakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua
DEMI CINTA
Jujur aku tak kuasa
Saat terakhirku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Kutemukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan
Kisah cinta kita selamanya
DEMI CINTA
**Lagu nie sedap didengar..dinyanyikan oleh Kerispatih..video klipnya pun boleh
tahan sedihnya..sesuai untuk orang yang ada perasaan je k..layaaaan!
-pearl-

Misi Berjaya!!!!

assalamualaikum semua...salam jumaat hari yg mulia...

hari nie aku nak cerita tentang misi aku sebulan lepas...iaitu memandu kereta seorang diri..memang bagi orang lain benda nie senang jer..benda ni macam biasa sangat tapi bagi aku lain..xdapat nak ungkap..terpulang pada kalian nak wat spekulasi..erm..aku dapat keyakinan nie daripada orang tersayang yang sangat memahami dan mengasihani aku..terharu..aku dah boleh beb!semalam aku gi balik seremban kul 5 ptg..sungguh penat tapi menyeronokkan...parents aku pun dah ada keyakinan..alhamdulillah..akhirnya aku punya kekuatan,semangat dan keyakinan...

Khamis, 28 Mei 2009

Awarddddddd




1. 5 fakta menarik tentang pemberi award ini Paejah Da Vogue da Vass:

1. member kat kolej unikop,Batu Caves(2002-2003)
2. member baik aku kat kolej
3.insan pertama yg mengenalkan aku dgn cinta(elmizan)
4. seOrg yg gelabah(yeke?)
5. seorang yg x pandai menipu..
2.Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1. Anak kepada Haji Razak dan Hjh Rahimah
2. Anak pertama dr 4 org adik-beradik
3. Suka baca novel
4. Suka cuba makanan baru
5. Sayang keluarganya melebihi diri sendiri
6. Setia
7. Suka membina impian..
8. Single but available ker?
9. Giler dgn internet
10. Suka main bOwling (xpandai main pun)


3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :


1. Taufik-rindu giler nak jumpa tapi dia bz huhuhu
2. Nad-kawan sekolej,sefakulti dan seuniversiti
3. Aliff-sekolej,sefakulti dan seuniversiti
4. erm saper lg ekh- xkisah la sesape sila la cOpy n jawab la soaln2 nye tmbah2 sila2

Rabu, 27 Mei 2009

comey tak?


assalamualaikum..kepada pakcik dot...kiter mintak mahap ek..kita amik gambar kat blog awak...comey sgt..hikhik

Selasa, 26 Mei 2009

11 Amalan terbalik.. Betulkan segera!

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan hartaanak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat daritidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kansms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Nothing is IMpossible

When someone tells you that you can't do something....

Look around...
Consider all options...
Then GO for it!
Use all the things God gave you!
Be creative!
In the end, you will succeed and prove them wrong!

Isnin, 25 Mei 2009

.....

Assalamualaikum semua..

Pernah tak kalian terfikir kenapa adanya pertemuan?Perpisahan?Ya,seperti yang selalu disebut...Ajal Maut Jodoh Pertemuan semuanya di tangan Allah...Dunia nie ibarat sebuah persinggahan untuk perjalanan yang hakiki di akhirat..Tapi banyak benda lagi yang aku tertinggal...banyak benda lagi yang aku perlu pelajari..banyak lagi yang belum aku gapai...Apa yang termampu aku lakukan?hanya berdoa dan tawakal...Aku perlukan seorang kawan yang boleh memberi dan menerima..Aku perlukan seorang teman untuk berbicara tanpa rahsia..Aku dah kehilangan..Aku rindu saat itu..Adakah lagi seseorang yang layak menjadi seorang teman yang tidak mempersoalkan keikhlasan aku?Adakah lagi seseorang yang boleh menerima kasih sayang aku tanpa sempadan ini?Mungkin ada tapi hatinya masih ragu untuk merapati aku...Aku tak mampu lagi untuk berpura-pura...Aku bukan siapa-siapa pada dia..Aku hanya layak menjadi kenalan..
Terima kasih ya sebab memberi 11 Mei yang indah..Malam terakhir kita..Aku tahu itulah pengakhirannya sebuah perhubungan..Aku takkan ganggu lagi hidup kamu..Berbahagiala bersama teman2 yang setia...Yang seiringan dengan kamu...Yang memahami kamu...Kerana aku bukan kenalan yang baik..Jadikan yang baik sebagai kenangan..Jadikan yang sebaliknya sebagai sempadan..Maafkan aku...

Rabu, 20 Mei 2009

Macam-macam Ada...

assalamualaikum semua..
hari nie aku melepaskan kerinduan kat blog tercinta nie..nak tulis pasal apa?tentang diri?ye..aku dah punya keberanian ari nie..percaya atau tak dari aku dapat lesen P (kereta) tahun 2002-2004...aku tak pernah memandu kereta..dah dapat lesen penuh sampai tahun 2009 nie pun aku tak penah2 bawak kete...penakut betul!menyesal wei...tapi ada hikmahnya kot...aku taula kesengsaraan orang2 yang naik kenderaan awam...bkn x bagus perkhidmatan diorang tapi masa menunggu tu yg terpaksa dibazirkan..jadi,aku mulakan tekad untuk melatih diri jadi berani untuk memandu kereta..ye dah beberapa hari aku memandu ke ukm dan balik.. pegi beberapa jalan yang agak sibuk di seremban..highway lagi...(aku percaya ada org yang x penah pun memandu kat highway)..tapi aku kuatkan semangat atas dorongan seseorang..yang dia sendiri pun x tau aku terdorong nak memandu ni sebab dia...terima kasih sayang...sebab sebelum nie ada seseorang jugak yang mendorong aku tapi tak berkesan pun...mungkin dorongan dia tak ikhlas kot... oh ye,tadi aku temankan bonda ke seremban...ada program dengan persatuan dia...lepas aku hantar bonda ke dewan Pekerti,aku gi Jusco Seremban 2..ingat nak main bowling tapi tak syok ler sorang2..zeihan plak ada hal..kalau tak,blehla jadi geng wonderpet lagi..hikhik...erm..lepas beli apa yang patut aku pun balik umah..sementara tunggu seruan bonda untuk jemput dia balik..aku baca novel yang baru aku beli..dah lama sebenarnya aku tinggalkan hobi aku ni...aku taknak main dengan perasaan fantasi..tapi sekarang aku sedar,hanya fantasi yang menceriakan hidup di samping kehidupan realiti yang tak bleh dijangka..Ye,fantasi takkan jadi realiti..sebab siapa kita untuk mengubah manusia menjadi apa yang kita nak..Aku redha kalau itu yang terjadi dalam hidup aku..Fikiran aku berkecamuk malam tadi..kenapa manusia boleh berubah dari semalam ke hari nie dengan drastik skali..apakah kata2 yang diungkap malam tu sekadar pemanis untuk menunjukkan kebaikan dia atau dia ikhlas...hanya dia yang tau..maafkan aku kalian...aku terfikir tentang dia..aku tak fikir pun dia beri aku harapan sebab aku taknak kehilangan sahabat(kalau tak faham,komen ek)..tapi aku mengharapkan apa yang manis tetap manis sepanjang perhubungan persahabatan yang terjalin..erm..

Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada Guru-guruku dari aku di tabika sampai la di universiti..
Tanpa didikan kalian,aku takkan melangkah sejauh ini..
Tanpa semangat yang diberi kalian,mungkin aku dah tersungkur di tengah jalan

Khamis, 14 Mei 2009

Syukur..

Assalamualaikum semua...

Lama rasanya tak tulis kat blog kan?Banyak pengalaman manis yang aku lalui kebelakangan nie..Bersyukur kepadaMu Ya Allah...Engkau beri aku dugaan yang berat sebelum ini untuk aku merasai nikmat kurniaanMu yang tidak ternilai..iaitu sebuah kebahagiaan..Ya..aku bahagia sekarang...Aku harap aku dapat mengharungi setiap apa yang mendatang selepas nie...Satu je harapan aku..Semoga sorang adikku di UKM tu menghubungi aku balik..Aku rindukan dia..

Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu!!!!!!!!!!!!!!

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia..
Tanpamu siapalah kami...
Ibu,Kaulah ratu hatiku!!!

Suka atau Sayang

Suka dan cinta bukanlah dua perasaan yang berlawanan; sebaliknya, cinta dan suka merupakan dua perasaan yang berdekatan sebab pada umumnya rasa suka merupakan benih bertunasnya rasa cinta. Walaupun keduanya berdekatan, kedua-duanya tidaklah sama. Masalah muncul tatkala kita menyamakan kedua-duanya dan menempuh dunia pernikahan dengan bekal rasa suka yang kita anggap, CINTA. Itu sebabnya penting bagi kita untuk dapat membezakan kedua-duanya.

Berikut ini akan dihuraikan beberapa perbezaannya.

Suka dan cinta berbeza dalam kemunculannya.
Suka muncul dalam waktu yang singkat sedangkan cinta bertumbuh melalui proses pengenalan yang panjang. Jadi, perasaan yang kita rasakan tatkala bertemu dengan seseorang dan terus "menyintainya" sebenarnya adalah rasa suka yang kuat.

Suka dan cinta berbeza dalam hal kedalamannya.
Suka bersifat permukaan; dengan kata lain, kita menyukai apa yang dapat kita lihat atau tangkap dengan pancaindera, contohnya penampilan, gaya berbual, persamaan minat dan sebagainya. Cinta bersifat lebih mendalam; kita menyintai seseorang kerana karakternya.

Suka dan cinta berbeza dalam hal rangkaiannya.
Suka bersifat sektoral, ertinya kita menyukai bahagian tertentu dari orang tersebut dan sudah tentu, ada bahagian lainnya yang tidak kita sukai. Cinta bersifat kukuh dan menyeluruh, ertinya kita tetap menyintainya sekalipun ada hal tentang dirinya yang tidak kita sukai. Cinta dapat menimbulkan tolak ansur dan menerima ketidaksempurnaan tetapi suka adalah tertumpu pada apa yang tepat dan sesuai di hati.


Berdasarkan perbezaan di atas ini, ada beberapa langkah yang dapat kita ambil agar kita tidak terperangkap dalam keputusan yang keliru akibat rasa suka semata-mata.

  1. Jangan tergesa-gesa dalam menentukan pilihan dengan siapa kita akan bernikah.Waktu akan menjernihkan perasaan adakah itu suka atau cinta. Jika perasaan kita bertahan lama dan makin bertumbuh, besar kemungkinan itu adalah cinta.
  2. Jangan bersandiwara dan menutupi diri.Keterbukaan akan memperjelas pandangan orang terhadap diri kita sehingga ia dapat melihat bahagian yang mungkin tidak disukainya dan berfikir untuk menerimanya atau tidak.
  3. Jangan mencurigai rasa suka sebab perhubungan seharusnya dimulai oleh rasa suka walaupun tidak selalu harus diisi olehnya.
  4. Janganlah takut untuk membiarkan diri diuji sebab ujian akan memurnikan rasa suka. Jika ia hilang, memang ia seharusnya lenyap, namun sebaliknya, bila bertahan, itu memperlihatkan cinta yang tahan diuji.
  5. Cinta adalah keinginan yang kuat untuk memberi, bukan untuk menerima.Jadi, ukurlah dengan perjalanan waktu.adakah keinginan untuk berkorban dan memberi bertambah kuat atau berkurangan. "Kasih tidak mencari keuntungan diri sendiri." Kalau perhubungan yang terjalin hanya oleh rasa suka, manfaat untuk diri menjadi titik tolak; sebaliknya, perhubungan yang berdasarkan kasih akan terus bertumbuh melalui apa yang tidak disukainya.

10 cara untuk hentikan pertengkaran

Anda dan pasangan/sahabat selalu bergaduh dan tak pernah dapat kata sepakat kerana tak ada yang nak mengalah? Ramai orang tidak menyedari bahawa dalam hubungan cinta/persahabatan, sebenarnya untuk mengelak pertengkaran terletak pada kemahuan berkompromi.Jadi, bagaimana menyuarakan keinginan dan membincangkannya agar tercapai kata sepakat yang memuaskan kedua belah pihak? Berikut panduan yang dapat diberikan.

1. Pilih waktu ketika suasana hati anda dan dia sedang baik
Cara ini akan membuat anda berdua berbicara dengan lebih terbuka dan tenang. Jika salah seorang tidak ada mood, perbincangan akan mengambil masa yang sangat lama dan keras atau mungkin berakhir dengan pertengkaran.

2. Pastikan tidak ada gangguan
Contohnya deringan telepon, tetamu, atau anak-anak (untuk yang sudah berkeluarga). Semakin sedikit gangguan, perbicaraan akan lebih terfokus dan masalah akan cepat menemukan titik terang.

3. Duduklah berhadapan
Duduklah saling berhadapan di meja makan. Ini akan menciptakan suasana serius dan membantu anda berdua merasa lebih dewasa sekaligus merasakan sehaluan. Hindarkan situasi anda berdiri, dia duduk.

4. Bercakap secara bergiliran
Selalu kita merasa bahawa suara kita lah yang perlu didengar. Padahal, yang adil adalah anda berdua saling mendengarkan. Ungkapkanlah masalah dan pendapat secara bergiliran, jangan berebut untuk bercakap.

5. Bersedia mengalah untuk beberapa hal
Selalunya masing-masing pihak ingin menjadi pemenang. Padahal, jika anda berdua mengalah untuk beberapa hal, masalah cepat selesai. Sedarilah bahawa benar atau salah bukanlah hal yang mutlak. Ini hanya perbezaan pendapat sahaja.

6. Tahu batas
Ketahuilah batasan anda. Ada hal-hal yang tak boleh dibincangkan. Tentukan hal-hal yang patut dibincangkan. Jadi, bincangkan hal-hal yang lebih fleksibel atau yang tak begitu sensitif.

7. Alternatif jalan keluar
Ketika fikiran terbuka, pasti selalu ada penyelesaian untuk setiap masalah. Jadi, untuk mengelakkan kebuntuan, cubalah kemukakan dan kompromikan semua alternatif jalan keluar yang ada.

8. Rehat sebentar jika perbincangan menjadi tegang
Ketika perbincangan jadi tegang, berehatlah. Tarik nafas panjang dan minum segelas air untuk menenangkan hati. Jika mungkin, carilah perkara yang menghiburkan hati disaat pertengkaran tadi. Jika anda berdua mula tertawa, ketegangan akan kembali reda.

9. Win-win solution
Carilah penyelesaian yang boleh diterima dan mewakili keinginan anda berdua. Kalau salah seorang memilih untuk mengalah demi mempercepat perbincangan, cara ini akan membuat yang mengalah itu menyesal kelak.

10. Sedia berbincang lagi
Setelah menemui penyelesaian, jangan lupa buat kata sepakat. Jika ternyata penyelesaian tak berhasil dijalankan, anda dan dia bersedia kembali duduk berhadapan untuk berbincang mencari penyelesaian lain.

Jadi, siapa cakap perbincangan tidak penting dalam hubungan anda? Namun, perlu diingat perbincangan ini hanya mungkin dilakukan jika anda dan dia yakin bahawa anda berdua berhak memperoleh penyelesaian yang memuaskan. Selamat mencuba!

Jumaat, 8 Mei 2009

first time..hikhik



http://merepeksematamata.blogspot.com

10 fakta tentang diri aku...

  1. Anak sulung dari 4 beradik
  2. Sensitif
  3. Minat warna pink..
  4. Aku comel(ye ke?)
  5. Suka dok umah je kalau cuti..
  6. Suka main bowling (dah lama pencen)
  7. Single but not available..
  8. Banyak berfikir (bende remeh ye lak tu)
  9. Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua orang (ye la kot)
  10. Tak ramai kawan..(aku jahat kot)

Luahan hati lagi....

Siapa aku untuk meleraikannya...
Siapa aku untuk melihat kamu bahagia..
Siapa aku untuk melihat kita seperti dulu
Aku hanya manusia biasa..
Yang punya harga diri
Yang punya derita di balik tertawa
Yang punya rahsia dipendam
Yang punya hati halus seorang perempuan..
Aku buntu..Aku keliru..
Bagaimana untuk aku memahamimu..sedangkan aku sendiri tidak memahami diriku..
Aku berubah kerana kamu..
Aku gembira dengan perubahan ini..
Kau buatkan aku lebih matang, lebih bertolak ansur dan lebih baik dari dahulu..
Tapi boleh ke kita rapat?Aku tak rasa begitu..
Kita punya banyak perbezaan...
Aku rela berundur dari permainan dunia...
Bukan aku putus asa..Tapi aku mula rasa rendah diri dengan kekurangan ini...
Rasa itu datang kembali..Aku redha..
Aku doakan kau bahagia..
Aku berundur untuk menjadi sahabatmu, kawanmu atau sama waktu dengannya(sempat lagi tu)
Bukan membenci..jauh sekali memusuhi...Tapi hakikat sebuah perhubungan
Pertemuan ada perpisahan
Yang patah akan tumbuh kembali
yang hilang akan berganti...
Terimalah hakikat ini..wahai __________
Terima kasih kerna sudi menerimaku seadanya sebagai kawan...

Rabu, 6 Mei 2009

amirul ku sayang...




assalamualaikum...

baru-baru ni aku melepaskan rinduku kepada buah hati pengarang jantungku,amirul hakim..
hilang segala masalahku..hilang segala duka..hilang segala kerisauan menghadapi kehidupan selepas ini..di samping hari keluarga ari tu..dengan amirul..alhamdulillah..aku jadi tabah..mungkin bukan sekuat Sumaiyah..bukan secekal Masyitah..tapi insyaAllah..ini dugaan...supaya aku sedar ada orang yang masih setia sayangkan aku..aku masih punya keluarga dan amirul yang bagaikan anak aku..(kalau aku kawin umur 22 tahun,anak aku dah sebaya dia huhuhu) tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang masih sayang dan menemani aku saat aku hampir putus asa...eh..lupa lak citer pasal mirul nie..aku gi umah dia..best sangat sebab dia dah bleh borak dgn aku..ye la,selama nie aku ikuti perkembangan dia dari lepas lahir..tapi sejak masuk UKM,aku jarang jenguk dia..sibuk dengan tugasan dan peperiksaan..dekat sebulan aku tak jenguk dia kot..makin manja dengan aku...hikhik..bestnyer kalau aku ada anak kan?Banyak perkembangan dia sebelum nie disebabkan aku tau..paling aku ingat,bila ari dia mula berjalan..nak nangis aku tgk wei...terharu sebab dia mula bertatih dengan aku...macam aku plak mak dia..hikhik..skrang,ayah aku pun dia panggil ayah tau..ayah dia memang dipanggil abah..sejak dia dengar aku panggil ayah aku ayah..dia pun ikut panggil ayah...erm...nak jadi anak ayah aku yang kelima la tu..k la takat nie dulu cerita aku k..
nanti sambung lagi lepas iklan ni...(bila plak blog aku ada iklan?)


Ahad, 3 Mei 2009

Kenangan de Bukit Tinggi




assalamualaikum semua...ni ada antara koleksi hari keluarga PEKERTI N9..Aku dapat join telematch petang jer..huhuhu..nasib baek sempat..banyak aktiviti aku tak dapat join..BBQ,pertandingan karaoke(bkn nak join..tapi tgk adik aku masuk ler!)pagi sabtu tu ada sukaneka..then,ptg tu je la aku dpt masuk..tau pertandingan ape?charlie chaplin..hahaha..klaka..klaka..kena pakai kasut boot kuning(Phua Chu Kang),pakai kain pelekat,topeng ultraman,topi cowboy dan pegang payung..aku org last,so kena pegang bendera kumpulan Biru..tapi tak menang..huhuhu..bg laluan sbb hero kan menang akhir..(ayat org kalah!) dinner plak bleh tahanla..mcm biasa meja kitorang happening sbb auntie Faridah dan uncle Abu Hasan sporting layan 8 org anak2 mereka..(dpt 4 anak tambahan malam tu je)sbb parents 4 anak tambahan tu dok meja lain..huhuhu..oh ye,nk g Convention Center ni kena naik shuttle atau bas tau..walaupun ada kenderaan sendiri,kitorang nak gak naik kenderaan awam..best sgt g ramai2..hikhik..erm,lihatlah gelagat happening adik beradik aku dan adik beradik zeihan....kitorang x kisah kat mana lagi family's day ni diadakan sbb walau di mana pun kami tetap happening..kecoh tul adik2 aku..hikhik..aku?xla hikhik..ye ke?(erm,dalam gambar kitorang kurang sikit happening nye..masing2 kontrol ayu n macho..hahaha)




nie adik aku azam masuk competition karaoke...satu2nya peserta lelaki..erm..lagu Hujan..percubaan pertama yang bagus kerana dapat pujian daripada semua pihak..wah..wah


nie alang n zeihan(wonderpet)...ikat kaki untuk sukaneka pagi..'apa yang penting?'kerjasamaaa..huhuhu nak join..



ni la budak2 futsal kampung..nama group nie upin dan ipin(nizar dan adhwa) dengan 'budak beriman'..sampai urusetia pun terperanjat dgn nama budak beriman si akmal dan azam..(btul ke beriman?)hahaha..


posing kat beranda..nak balik dah nie...


Gambar nie blur ckit...niela wonderpet de Pekerti...aku masuk lambat sbb lepas exam baru
dtg..huhuhu


ni along zura n along zeihan..hikhik..kakak2 yg comel amik gambar kat belon2..abis je majlis kitorang wat happening g bwk belon2 naik bas..hahaha..tapi tak bawak balik umah pun..kitorang lepaskan belon tu ke udara..erm..macam2

okay,nie je la yang dapat aku tunjukkan kat kamu..kamu nak tgk lagi?lawatila my facebook dan friendster ek...tata..













Jumaat, 1 Mei 2009

Best Moments in Life

The Best Moments in Life
******************************
1. Falling in love.
2. Laughing till your stomach hurts.
3. Enjoying a ride down the country side.
4. Listening to your favorite song on the radio.
5. Going to sleep listening to the rain pouring outside.
6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
7. Passing your final exams with good grades.
8. Being part of an interesting conversation.
9. Finding some money in some old pants.
10. Laughing at yourself.
11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
12. Laughing without a reason.
13. "Accidentally" hearing someone say something good about you.
14. Watching the sunset.
15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
16. Receiving or giving your first kiss.
17. Feeling this movement in your body when seeing this "special" someone.
18. Having a great time with your friends.
19. Seeing the one you love happy.
20.Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
21. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
22.Hearing some telling you "I LOVE YOU".
23.?????

Teka teki..

1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara .... Binatang ape yang pemalas ?
Singa Jantan ... pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka ... .

2) Kenapa Amerika takut kat Jepon... .. dan Jepon pulak takut kat Amerika ??Pasal Jepon ade Ultraman ... . Amerika pulak kanade Superman... ?!

3) Dalam banyak banyak Pokok ... . Pokok ape yg paling tinggi
Pokok atas gunung ddahhhh ... ... ...

4) Ade seorang budak, rumah tingkat 10, tiap-tiap hari, dia naik lif sampai tingkat 8, terus naik tangga lagi 2 tingkat ... . kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek .. tak sampai nak picit tingkat 10 ... .

5) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam ini ... Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie ?
Tak tahu ke ... .. Bangsa Melayu dahh ... . pasal boleh makan UBI KAYU ... JAMBU BATU, PUCUK PAKU ... . BELIMBING BESI ... . IKAN SELAR PAPAN ... BUAH KERAS ... CILI API dan lain lain lagi ... .. betul tak

6) Aper dia ... . naik cepat ... . turun lambat ... . ??
hingus lahhh ... ... .

7) Banyak banyak surat ... ... . Surat ape yg tak perlu di jawab ??
Suratan takdir illahi lahh ... (siapa yg nak surat seperti ini?)

8) Apasal baju Superman Ketat ??
Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh

9) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ... ... ... . ?
JANGAN LAGI ... . bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali ... . Faham ?!?

10) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Penunggang motosikal yang tak pakai helmet ... sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet ... maknanya kalau moto mereka terbalek ... terbabas ke ... masok bawah lori ke ... kepala mereka takkan pecah ... ... .. Hehehehehe ... ... ..

SELAMAT HARI IBU,MAK!(10 MEI)

Mak, selamat hari ibu...

Mak banyak berkorban untuk kami...

Mak,along taknak bebankan mak dengan masalah along...

Tapi along penat mak..penat dengan karenah dunia...

Dunia yang emak tunjukkan dulu terlalu indah..sampai tak sabar2 along nak laluinya..

Tapi sekarang???

Along sedih mak....sedih buat kali keberapa along pun tak tahu...

Along tahu kalau mak tahu pasal nie mesti mak lagi sedih...Sedih melihat anak mak patah hati...

Tolong mak,untuk ke sekian kalinya...Setelah apa yang dah mak buat untuk along selama nie...

Tolong doakan along tenang dan tabah untuk menghadapinya...

Itu je mak...

Along tahu apa yang along lakukan selama nie belum dapat balas barang sebesar hama pun pengorbanan mak...Ampunkan along mak...ampunkan along...

Cukuplah perpisahan kita selama mak mengerjakan haji dengan ayah Disember lalu...

Along tak mampu hadapinya mak...

Mak,
along mintak ampun...along tak dengar cakap mak tentang dia...Betul kata mak...

Dia tak layak untuk along...Along tak mintak perasaan nie mak...

Along tak bersedia nak berperasaan macam nie..Tapi Allah beri dia sebagai dugaan,mak...

Mak,semoga mak bahagia dan gembira di samping ayah yang setia..

Memang susah untuk menemui lelaki sebaik ayah...

Doakan along mak...

Doakan along berjaya lupakan apa yang terjadi semester ni...

Along sayang mak...Along rindu mak....Ampunkan along mak..