Rabu, 29 April 2009

KELIRU!!!

hai semua...pekaba?tengah perah otak lagi kan?aku pun..kat riba aku ni ada topik ANOVA utk dibuat...tapi tangan nie gatal gak nak tulis blog...rindu lak nak kongsi cerita dgn kalian...Sekarang nie aku terKELIRU...btul kot kata sorang kawan aku yang amik Pengurusan Emosi...Aku nie banyak berfikir..bkn ttg aku tapi ttg org lain yg aku sayang...Kalian pernah keliru tak memilih kawan?kaca dan permata?Ye,maaf kawanku..aku dah terkeliru..Aku mengejar kaca rupa2nya selama nie..Yang luaran nampak sempurna,luaran nampak tulus...Tapi sebenarnya...Aku tak perlukan kawan yang kaya dengan harta...yang aku perlukan kawan yang kaya dengan kesetiaan...aku tak perlukan kawan yang menemani aku sepanjang masa..cukuplah kawan yang boleh berkongsi cerita tanpa selindung...aku tak perlukan kawan punya kebendaan..cukuplah dengan apa yang dia sanggup lakukan bersama aku..aku tak perlu tahu rutin harian dia..cukuplah dia memberitahu dia sihat dan hidup bahagia...aku ada banyak kenangan dengan kawan2..aku sayang kalian..maafkan aku skali lagi..aku lupa pada kalian saat aku teringat dia...dia bukan kawan sejati...aku tak kisah dia tak hargai aku sebagai kawan sebab dia tak layak pun jadi kawan aku..Soalan2 aku sebelum nie kepada dia hanya untuk mengenali dia dengan rapat,tapi persepsi manusia...tak pernah lari dari pemikiran sempit..terima kasih 'hormatkan' aku selama nie...sebab takut diperkatakan orang telahan mereka benar belaka...aku dah bosan dengan permainan dia...aku dah penat untuk menghadapinya..dah terlalu lambat untuk dipermainkan lagi...ini bukan kisah lampau k...aku terus terang nie untuk budak U aku..yang baru beberapa bulan jadi kawan aku!Dah tak jadi kot!Jangan risau,nie luahan dalam blog jer..tak bawak luar punyer...tapi aku rasa dia akan perasan perubahan sedikit demi sedikit dari aku..Sebab skali aku sayang seseorang walaupun seorang kawan,aku sanggup lakukan apa jua..Tapi skali aku benci,dah terlambat untuk anda menikmati keindahan kasih sayang yang Allah kurniakan kpd aku utk anda...Maafkan Aku!

Selasa, 28 April 2009

SEKADAR RENUNGAN..

fahamilah.....

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.
10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.
16. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
17. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT! KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA

MEMILIH pasangan MENGIKUT RASULULLAH...

"Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL ******** Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan apa angainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar lah.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi. "Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar. "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah. Omar bertanya lagi, "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu ke mana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latar belakang pasangan perlu di buat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya... . Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.

2.KELAS ********* Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

3.KUFU ******** Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4.KASIH ******** Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis...... "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu: "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga, Hadis Nabi ada menyatakan "Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya." Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA ********* Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya: "Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka" "Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26 "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ... .Begitu juga sebaliknya masalah berlaku. Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA" . Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.... "Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan. Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan di ia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan. Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah sama ada beliau boleh berkahwin dengan Inaq. Maka turunlah Surah Al Baqarah: "Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik"

Isnin, 27 April 2009

MALU BEB!

HUA..HUA..HUA..
X PENAH AKU MEMALUKAN DIRI AKU SEBEGINI SEPANJANG HIDUP...
TOLONG!!!!AKU DAH NYESAL...DAH TAKNAK JUMPA DIA...AKU NAK TUKAR KOLEJ...HUA..HUA..HUA

Sabtu, 25 April 2009

LUAHAN PERASAAN!ceewaah

lama rasanya tak tulis blog kan?
yang aku post pun bagai rencana jer...bukan ape...aku takut org salah tafsir perasaan aku..
ia tercipta begini...sensitif,emosi dan penuh dengan kasih sayang...tapi orang rimas..dengan perhatian yang aku bagi...sekarang,aku cuba utk buat dia bencikan aku..bkn niat tapi aku terpaksa..aku nak kurangkan hubungan dengan dia..dia pun malu kot dpt kawan mcm aku..ada tanda2 dia tak suka aku..aku dah tau dan aku menangis dalam hati..tidak setitikpun airmata mengalir...pelik kan?tapi pilu dalam hati lebih perit tau..kalau tak caya..cubala..hikhik..
my mum pun dah beritau,bersedialah utk "kecewa" skali lagi..hahaha..ye mak,baizura anak mak nie dah lali dengan perkataan tu..lebih perit lagi pun ada..insya Allah,doakan anak mak kuat kali nie..sebab si dia takkan tau dan biarlah begitu..lebih manis rasanya..
erm...aku nak ready untuk hubungan etnik..orang lain mungkin ambik lewa je paper nie..tapi bg aku nila bukti kita faham negara sendiri...wah,patriotik plak malam nie..ye la beb,kadang2 aku lupa RUKUN NEGARA tau..tapi kat H.E ni ada citer ttgnya dlm bab 7..huh!anak Malaysia..sedarlah..
aku harap korang dapat jadi kawan sejati..kepada kawan korang sebab mungkin aku bukan kawan sejati kepada kawan2 aku sekarang..Maafkan aku kawan2...Aku terpaksa buat macam nie..Sebab....aku dah khianati perasaan aku dengan mengorbankan perasaan kawan2..Adakala aku lupa kawan2 kerana dia..Tapi dia x pernah menghargainya dan buat2 tak faham..Dengan satu ungkapan tu,dia cuba buat orang sekeliling faham yang dia anggap aku sebagai siapa...erm..citer balik pasal mamat nie kan?itulah aku..sukar nak lupakan dia kecuali aku luahkan perasaan aku dan dia menolak..mungkin perit skit tapi masa tu aku dah sedar aku berpijak di dunia nyata..Ya Allah,kau berilah petunjuk kepada aku..dengan hidayahMu..aku memohon kau tutupkan pintu hatiku untuk menyintainya..Wassalam...PEARL

Rabu, 22 April 2009

Doa Pemanis Wajah

Doa pemanis wajah ini sesuai dibaca 3 kali sebelum memakai bedak. Selamat mencuba.. :P

"minyak si tuang tuang, ku tuang dalam kuali, muka ku macam keluang, gerenti semua orang lari!!!! kuang.. kuang.. kuang.."

Baru baca sekali dah ketawa!! camne nak menjadi?!! hehehehehe :D

Hayati dan fahami..kubetuli diri jua

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal?
MAAFKAN AKU KALIAN...
APA YANG AKU POSTKAN SELAMA NIE TIADA KAITAN DENGAN DIRIKU SEKARANG
IA HANYA DATANG BILA AKU TERKENANG MASA SILAM...
MASA SILAM YANG BANYAK MENGAJAR ERTI KESETIAAN,
KASIH SAYANG & KEJUJURAN
MAAFKAN AKU ANDAI ADA YANG SALAH FAHAM..
AKU SAYANG KALIAN,SAHABATKU
AKU SAYANG KALIAN ADIK-ADIKKU..

Sabtu, 18 April 2009

IT'S TRUE!!!!12 Ways to Know That You Love Someone


TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.
ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.
TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.
NINE:
You smile when you hear his/her voice.
EIGHT:
When you look at him/her,you do not see other people around you. You see only him/her.
SIX:
He/She is everything you want to think.
FIVE:
You realise that you smile every time you look at him/her.
FOUR:
You would do anything to see him/her.
THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.
TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.
ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.
NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST.......

Sifat Percintaan mengikut bulan kelahiran

Maklumat dari blog encik fajridil adha...

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Sangat emosi.
- Mudah merajuk dan mudah dipujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau cacian orang.
- Dapat untuk menjadi ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

ADA KE SIFAT2 AKU NIE?TLG KOMEN YE...

SUKA?SAYANG?CINTA??

Suka adalah ingin memilikinya untuk Diri Sendiri
Sayang adalah ingin slalu membuatnya bahagia.
Cinta adalah melakukan apapun untuk kebahagiaannya meskipun harus berkorban.
Suka adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku mencium mu?
Sayang adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku memelukmu?
Cinta adalah ketika kau bertanya, maukah kau genggam tanganku?
Suka adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah jangan menangis
Sayang adalah ketika kau menangis dia akan menangis bersamamu.
Cinta adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah kita akan selesaikan ini bersama-sama
Suka adalah pada saat kau melihatnya ia begitu menawan.
Sayang adalah ketika kau melihat dengan hati bukan dengan mata.
Cinta adalah ketika kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku
Suka adalah pada saat ia menyakitimu kau akan marah dan tidak mau bicara lagi padanya.
Sayang adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan menangis untuknya.
Cinta adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan berkata tak apa ia hanya tidak tahu apa yang telah ia lakukan.
Suka adalah memaksanya untuk menyukaimu.
Sayang adalah membiarkannya memilih.
Cinta adalah menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah menemaninya saat menguntungkanmu.
Sayang adalah menemaninya saat ia membutuhkanmu.
Cinta adalah selalu menemaninya disaat bagaimanapun keadaanmu.
Suka adalah hal yang menuntut.
Sayang adalah hal yang memberi dan menerima.
Cinta adalah hal yang memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Jumaat, 17 April 2009

lirik lagu 'PERGI' nyanyian Aizat

Aku harap kasih sayang aku sekarang buat kau tetap utuh...Cuma maut memisahkan kita..
Hayatila lirik lagu ini setelah kau pergi dari hidupku..


SAYU TERPISAH,
HIKAYAT INDAH KINI HANYA TINGGAL SEJARAH,
BERHEMBUS ANGIN RINDU,
BEGITU NYAMANNYA
TERHIDU WANGIAN KASIHMU,
HUJAN LEBAT MENCURAH KINI,
BAGAIKAN TIADA HENTI,
KAULAH LAGUKU,
KAU IRAMA TERINDAH,
TAK LAGI KUDENGARI,
KAU PERGI.. PERGI
SEPI TANPA KATA
TERDIAM DAN KAKU TAK DAYA KAU KULUPA
APAPUN KATA MEREKA
BIARKAN KENANGAN BERBUNGA DI RANTING USIA
HUJAN LEBAT MENCURAH KINI,
BAGAIKAN TIADA HENTI,
KAULAH LAGUKU,
KAU IRAMA TERINDAH,
TAK LAGI KUDENGARI,
KAU PERGI... PERGI

Selasa, 14 April 2009

keliwon!

assalamualaikum kawan2...

sekarang semua sibuk belajar dan mengulangkaji kan?
semoga kita semua berjaya dapat pointer yang bagus..
tapi aku sempat lagi menulis di blog nih..hik..hik.takde ape cerita pun..
cuma aku harap kamu semua bahagia dan tak rasa keliru macam aku..
sebab saat aku nak lupakan dia, dia dengan nakal memberi persoalan yang tak dapat aku nak jawab...wassalam

Sabtu, 11 April 2009

Soalan yang boleh dijawab Al-Quran

JANGAN MENGELUH ............ Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' - Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' - Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ' - Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' - Surah Yusuf ayat 12

Jumaat, 10 April 2009

DOA UNTUK KEKASIH

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya
Tertaut pada Mu
Agar tidak terjatuh aku
Dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling
Daripada hati Mu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu
Rindukanlah aku
Pada seseorang yang
Merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhir Mu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih
Jangan biarkan aku bertatih
Dan terjatuh dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepada Mu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya kepada Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin..

Semalam....

Assalamualaikum...

Aku di sini baru selesai buat minit mesyuarat..Teringat pulak insiden semalam..Yang aku tak sedar selama nie..mungkin hati aku bertambah yakin semalam tanpa Allah dunia tak wujud,tanpa Allah aku tak wujud,tanpa Allah aku tak tahu aku di mana sekarang...Allah Maha Berkuasa..Maha Mendengar..Aku insaf semalam...Satu perkara kecil bagi kamu para pembaca tetapi amat beerti bagi aku...Semalam,aku basuh baju guna mesin..Basuh cadar dan selimut sekali..Aku dok kat aras 5 tapi x tau kenapa aku nak jemur kat aras 1 plak smlm.Aku tengok cuaca ok kot.Lepas tu,aku naik je bilik,tak sampai setengah jam hujan pun turun...erm..rahmat tu..lagipun kejap je...Kemudian aku ke kafe dalam pukul 3-4ptg..beli makanan ringan..balik je aku tengok awan mendung..dah rasa rintik2 skit..Aku pun apa lagi...pantaskan kaki melangkah.aku gi angkat baju sebab separuh dah kering termasuklah cadar dan selimut.rugi rasanya kalau kena ujan kan?Sambil tu,aku berdoa..Ya Allah,tolonglah hambamu...Aku mohon hanya padaMu..Beri kesempatan aku angkat pakaian nie...Akhirnya aku sempat angkat semua pakaian aku...Sampai je bilik,hujan turun dengan lebatnya..Tiba2 aku menangis..Aku x dapat gambarkan perasaan aku masa tu.Lain sangat...Hanya org yg insaf je dapat rasa perasaan ni..Aku terfikir besarnya kuasa Allah..Aku teringat permintaan aku sebelum nie..Aku redha kalau Allah takdirkan aku begini dan tidak memakbulkan permintaan aku...sebab ada hikmahnya yang orang lain tak tau dan aku akan dapat bahagian itu di akhirat nanti..Syukur padaMu YaAllah...

Rabu, 8 April 2009

Semalam Yang Indah....

assalamualaikum...
nak citer hal semalam ni...best sangat sebab masa kat kelas Hubungan Etnik ada pembentangan dan kami dapat markah individu masing2 dan laporan pulak diberi markah ikut kumpulan...tahniah,kawan2.kita sama2 dapat markah yang agak tinggi iaitu paling kurang 9 per 10 dan yang paling tinggi kak mas iaitu 10 per 10..bagus kan?semoga kita semua dapat jawab final exam nanti...insya Allah..Lepas kelas selesai,kami dijamu Puan Maznah dengan Mee Hoon dan teh tarik..Huh,sedap tapi aku x bleh makan banyak...bukan malu tapi ada dinner PERMANIS plak lepas tu...TERIMA KASIH PUAN MAZNAH...

Ok,skrang citer kat PERMANIS...

Majlis diadakan di Palm Garden Hotel,Putrajaya...dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Negeri Sembilan.Makanan?Berbaloi kami bayar RM 5..Lebih dari berbaloi kot...ok,menu dia ek..mula2 pembuka selera..TOM YAM CAMPUR..Lepas tu mamam nasi,lauknya kari ayam,daging masak merah,sayur campur,telur dadar,dan ada satu lagi tu..alamak lupala...erm..lepas tu mamam ais krim..yg uniknya kat mangkuk ais krim ada no.bertuah..hik..hik.mmg bertuah wei..sbb amik je 1 mangkuk aku dapat..nad dengan tihah pun dapat...lepas tu mamam buah...lepas abih majlis kami balik sbb takut pak guard tahan...hahaha...then,sampai je depan pintu tu aku baca doa yg sentiasa diamalkan hasil mak aku ajar..alhamdulillah,lepas beb!sampai je kolej ada plak parking utk nad..nasib baik lagi..balik bilik je aku terus mandi..bkn apa...badan aku dah kene ruam sebab musim panas sekarang ni..macam baby la kan?kulit aku ni mmg sensitif..kene gigit nyamuk pun ada kesan mcm baby gak..hahaha.dah tua pun kulit still cam baby..klaka...ok,sampai sini kot cerita aku pasal selasa yag indah...harap2 hari ni lebih indah...*wink..wink...

Ahad, 5 April 2009

TAPI BUKAN AKU!!!!

assalamualaikum...ungkapan di atas biasa didengar..dari aku kan?
sebab aku tau perasaan org dikecewakan,perasaan org dipersenda,perasaan pelbagai yg negatif..sbb itulah hakikat kita manusia..tapi aku minta maaf kali nie sebab aku dah tipu dia....sebab aku dah tipu perasaan aku..sebab aku ego..sebab aku taknak dia bagi harapan lagi..sebab aku nak dia hidup bahagia...maafkan aku KH...aku sayang kau tapi biarlah kau membenci aku kerana aku tak setia,aku tau kau sukar lepaskan aku kalau aku tak buat macam tu..Semoga kau berbahagia..Jangan lupa jemput aku ke majlis perkahwinan kau..Seorang lagi yang terlibat secara langsung..tapi tanpa sedar..aku terpaksa..sebenarnya perasaan aku dah tiada untuk cinta.hanya tinggal sayang...tapi awal2 aku dah bgtau kau,aku sayang org lebih dari diri sendiri...aku tau kau rimas..aku tau kau fobia..aku tau kau malu sbb dpt kwn mcm aku...aku faham..sbb aku dah lalui macam2 sepanjang hidup aku...aku banyak berkasar dgn kau..sbb aku juga nak kau benci aku...hairan kan?org lain nak disayangi tapi aku nak dibenci oleh kau..aku hanya akan lihat kau dari jauh..semoga kasih sayang aku diterima orang yg selayaknya..mungkin bukan kau...

Sabtu, 4 April 2009

Ramalan Zodiak Dr.Fadzilah Kamsah

JUN


Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Jumaat, 3 April 2009

Demikian....

SALAM UKHWAH BUAT SEMUA...

akhirnya aku akan sampai di penghujung jalan semester nie..terima kasih teman2..atas sokongan secara langsung dan tak langsung anda terhadap aku...
aku tau aku manusia tak sempurna
aku tau kelemahan aku di mana
demikian terjadila apa yang patut terjadi
apa yang aku bayangkan telah jadi kenyataan..terima kasih kerana menyedarkan diri aku betapa kerdilnya diri ini...
aku x merendah diri,kalian..hakikat yang tak dapat dipadam..dari sebuah kehidupan
kiranya ia datang sebagai badai,lemaslah kita..kiranya ia datang sebagai petunjuk supaya kita lebih kuat,alhamdulillah...maaf kalian,blog aku penuh dengan jiwa,penuh dengan perasaan..tapi aku manusia..aku tak boleh nafikan khilaf yang terjadi..aku alpa pada dunia hingga petang tadi seseorang dah sedarkan aku..Aku LEMAH!Aku BODOH! kerana tidak dapat menangkap tingkahlakunya yang.......Aku minta maaf pada yang terlibat..Aku lupa..Aku alpa....Oh,ye..tahniah DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK kerana jadi PM ke-6..senario politik yang genting sekarang perlu dibaiki...huh!dah ngantuk...lenkali saya sambung ye...nak baca blog uncle aznil jap...uncle?yup,dia sebaya mak aku maa...cho cin chow

BUKAN JIWA AKU!!!!!

assalamualaikum...
hari nie aku nak meluahkan perasaan..perasaan kpd dia.kawan baru aku..baru dua kali pertemuan tapi malam tadi aku sedar yang ada bersama mereka malam tadi bukan NORBAIZURA BINTI RAZAK yang sebenar.Aku jadi orang lain..aku jadi hipokrit..oH,tidak!kenapa dengan aku...berpura2 suka cara mereka..ye,aku bukan baik sangat..aku pernah keluar dgn member2 g downtown..g tgk wayang mlm tapi smlm aku tak selesa.sebab aku letih berpura2 senyum dan gembira dgn apa yg mereka bualkan..tau ttg ape?ttg kemewahan org lain..ttg apa yg org lain miliki..itulah kelemahan mereka...sebab aku tak pernah ada kawan2 camtu..mungkin sbb ini kali pertama aku mula kenali bangsa ni...sblm ni aku pandang mereka dari jauh je.then,bila aku jadi sebahagian dari mereka,aku jadi rimas..rimas dengan cerita2 mereka...mungkin sebab ayahanda dan bonda dah mendidik aku supaya bersederhana dalam segala hal...biarlah org pandang kita kerana budi bkn kerana harta...walaupun hakikatnya kita semua tahu...Aku nekad untuk tidak berkawan dgn mereka bukan kerana aku benci tapi kerana aku perlu memilih kawan...mungkin lain orang akan kata kita kena berkawan dengan semua org tp aku kena ada prinsip...Semoga Allah beri petunjuk...